Tuesday, 15 September 2015

KOPERASI UMMAH BESTARI KUALA LUMPUR BERHAD (KUBiKL)

PENGENALAN
  • Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad, KUBiKL ditubuhkan pada 2013 atas inisiatif dari beberapa orang anak muda. Pada awal penubuhan, KUBiKL telah mendapat khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM untuk membina dan mengurus tadbir koperasi ini. KUBiKL juga mendapatkan input dan pengalaman dari koperasi sedia ada yang berjaya sebagai model.
  • Tujuan awal penubuhan KUBiKL adalah untuk membantu masyarakat bumiputera di sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan ahli anggota koperasi ini. Selain itu, KUBiKL juga berhasrat untuk membantu dan meningkatkan ekonomi masyarakat.
  • Dengan sistem urus tadbir yang sistematik, serta keanggotaan yang kukuh, adalah diyakini bahawa KUBiKL mampu dan akan terus berkembang menjadi koperasi yang dikenali serta mencapai  objektif utama penubuhannya. 
VISI SYARIKAT
  • Menjadi sebuah koperasi yang unggul, mapan, berdaya saing dan maju serta menguasai keusahawan di peringkat nasional.
 MISI SYARIKAT
  • Menggembleng segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.
  • Mewujudkan sebuah sistem urus tadbir yang kompeten, professional dan komprehensif.
  • Meluaskan rangkaian keusahawanan bersama jaringan koperasi, syarikat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan.
  • Berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah. 
BIDANG USAHA DAN FOKUS PERNIAGAAN:

1.      Katering dan Penyajian
·        Menyediakan pakej penyediaan makanan bagi majlis kenduri kahwin, majlis kesyukuran, tempahan pejabat dan sebagainya
2.      Jual Beli
·   Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) menjual barang-barang keperluan seperti makanan, minuman serta makanan kesihatan seperti koko dan susu kambing.

3.      Percutian/Pelancongan
·   Menjalankan aktiviti pakej percutian atau perlancongan, umarah dan ziarah dengan menjalankan kerjasama dengan Haramain Blobal Services.

4.      Khidmat Latihan
·    Menjalankan kerjasama dengan masjid-masjid dan badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan kursus motivasi dan khidmat nasihat


No comments:

Post a Comment