Sunday 20 September 2015

JUAL BELI

Assalamualaikum

Jual beli adalah antara bidang usaha dan perniagaan yang menjadi fokus Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL). 

KUBiKL menjual barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman. Antara produk yang dijual adalah makanan kesihatan seperti koko dan susu kambing. 

Ini adalah antara produk awal yang cuba dipasarkan oleh KUBiKL. Seperti dalam perancangan KUBiKL, akan ada pertambahan produk yang akan diusahakan bagi memastikan KUBiKL mampu berdaya saing bersama koperasi dan syarikat yang lain dalam bidang usaha ini.

Antara mekanisma yang digunakan untuk menjalankan usaha jual beli ini, pihak KUBiKL telah membuka tapak jualan. KUBiKL mencari peluang membuka tapak jualan untuk program yang berlansung di sekitar lembah klang. 

Pada 18 September 2015 sehingga 20 September 2015, KUBiKL telah membuka tapak jualan makanan, minuman serta produk yang kami usahakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, KUIZM. Tapak jualan ini dibuka di KUIZM sempena Festival Konvokesyen KUIZM 2015.





InsyaAllah, KUBiKL juga akan menyertai Karnival Keusahawan Bistari 2015. Perincian program seperti berikut:

Tarikh: 3-4 Oktober 2015
Masa: 10 pagi - 6 Petang
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam


Strategi awal dengan membuka tapak jualan ini memberi peluang kepada pihak KUBiKL untuk mendapatkan momentum awal dalam perniagaan. Usaha ini juga untuk membina nama KUBiKL dalam kalangan pelanggan. 

Sekian,

Amirudin Jamal 
Pegawai Operasi KUBiKL
H/P: 012-6927305
Tel Pej: 03-26020357
Email: koop.ummahbestari@gmail.com / amirudinbinjamal@gmail.com

No comments:

Post a Comment