Showing posts with label Katering. Show all posts
Showing posts with label Katering. Show all posts

Thursday, 17 September 2015



Banner promosi untuk Katering KUBiKL
Berminat untuk dapatkan perkhidmatan Katering KUBiKL,
Hubungi:
012-6927305 (Amer)
011-33527326 (Zamri)
010-2161986 (Matnor)
Tel Pej: 03-26020357

Wednesday, 16 September 2015

KATERING & PENYAJIAN

Antara bidang usaha dan perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) ialah katering & penyajian. KUBiKL menawarkan perkhidmatan katering & penyajian seperti majlis;


  1. Kenduri kahwin
  2. Majlis keraian 
  3. Jamuan di masjid/surau
  4. Rumah terbuka
  5. Hari keluarga
  6. Jamuan 
  7. Hari kelahiran
  8. Hari sukan
  9. BBQ
KUBiKL di bawah bidang usaha katering & penyajian juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti khemah dan PA system. 

Untuk 'entry' yang seterusnya, pihak KUBiKL akan senaraikan gambaran yang lebih jelas berkenaan pekhidmatan yang ditawarkan KUBiKL untuk skop bidang usaha Katering & Penyajian. 

Antara projek yang kami jalankan:

1. Katering untuk TV AL-HIJRAH untuk program MASAM MASAM MANIS (3 Sept 2015)



 
2. Kenduri Kahwin di Port Klang (13 Sept 2015)











Berminat untuk dapatkan perkhidmatan KATERING & PENYAJIAN dari KUBiKL, 

Hubungi:

H/P: 

012-6927305 (Amer)
011-33527326 (Zamri)
010-2161986 (Matnor)

Tel. Pej: 03-26020357

Email: koop.ummahbestari@gmail.com






Tuesday, 15 September 2015

KOPERASI UMMAH BESTARI KUALA LUMPUR BERHAD (KUBiKL)

PENGENALAN
  • Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad, KUBiKL ditubuhkan pada 2013 atas inisiatif dari beberapa orang anak muda. Pada awal penubuhan, KUBiKL telah mendapat khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM untuk membina dan mengurus tadbir koperasi ini. KUBiKL juga mendapatkan input dan pengalaman dari koperasi sedia ada yang berjaya sebagai model.
  • Tujuan awal penubuhan KUBiKL adalah untuk membantu masyarakat bumiputera di sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan ahli anggota koperasi ini. Selain itu, KUBiKL juga berhasrat untuk membantu dan meningkatkan ekonomi masyarakat.
  • Dengan sistem urus tadbir yang sistematik, serta keanggotaan yang kukuh, adalah diyakini bahawa KUBiKL mampu dan akan terus berkembang menjadi koperasi yang dikenali serta mencapai  objektif utama penubuhannya. 
VISI SYARIKAT
  • Menjadi sebuah koperasi yang unggul, mapan, berdaya saing dan maju serta menguasai keusahawan di peringkat nasional.
 MISI SYARIKAT
  • Menggembleng segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.
  • Mewujudkan sebuah sistem urus tadbir yang kompeten, professional dan komprehensif.
  • Meluaskan rangkaian keusahawanan bersama jaringan koperasi, syarikat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan.
  • Berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah. 
BIDANG USAHA DAN FOKUS PERNIAGAAN:

1.      Katering dan Penyajian
·        Menyediakan pakej penyediaan makanan bagi majlis kenduri kahwin, majlis kesyukuran, tempahan pejabat dan sebagainya
2.      Jual Beli
·   Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) menjual barang-barang keperluan seperti makanan, minuman serta makanan kesihatan seperti koko dan susu kambing.

3.      Percutian/Pelancongan
·   Menjalankan aktiviti pakej percutian atau perlancongan, umarah dan ziarah dengan menjalankan kerjasama dengan Haramain Blobal Services.

4.      Khidmat Latihan
·    Menjalankan kerjasama dengan masjid-masjid dan badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan kursus motivasi dan khidmat nasihat